15 December 2012
GEORGE TOWN, 15 DISEMBER: Perwakilan dari DUN Api-Api Sabah, Wong Hong Jun menyifatkan sentimen rakyat Sabah terhadap Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional kini umpama ‘sleeping volcano’ akibat layanan buruk mereka.
Jelas beliau, tindak-tanduk Kerajaan Persekutuan BN dan monopoli UMNO negeri yang terlalu lama di Sabah menyebabkan negeri itu terus ketinggalan dari sudut infrastruktur dan kemudahan yang baik seperti di Semenanjung.
“Sabah negeri kaya, tapi tidak bagi rata-rata rakyat. Rakyat Sabah sudah lama berasa tersinggung,” ujarnya.
Tambah beliau, Sabah sememangnya mengejar impian di mana Malaysia boleh menjadi tempat berteduh seluruh rakyat tanpa pilih kasih dan diskriminasi.
“Malangnya, layanan yang diberikan pusat kepada Sabah menjarakkan lagi kami disini. Impian ini, hanya boleh dicapai jika setiap rakyat Malaysia dapat berkongsi ideologi ini dan mempunyai perasaan “Saya bangga menjadi seseorang rakyat Malaysia”. katanya.
Mansuh dasar kabotaj, PATI berleluasa
Beliau yang juga Pemuda DAPSY Kota Kinabalu pada masa yang sama mendesak agar Kerajaan Negeri Sabah memansuhkan dasar kabotaj kerana ia menjadi punca utama kos kehidupan rakyat meningkat.
Menurutnya, dasar ini telah menyebabkan dasar gaji minima tidak akan efektif.
“Dasar kabotaj seharusnya dibatalkan terlebih dahulu bagi mencapai matlamat polisi gaji minima.”
Selain itu, beliau turut menyentuh masalah PATI yang seolah-olah tidak dipedulikan malah ia dilihat makin berleluasa dan menimbulkan masalah.
“Golongan ini adalah golongan yang mendominasi pekerjaan bergaji rendah. Justeru, merekalah yang akan mendapat faedah. Ia telah mewujudkan saingan tidak sihat kepada masyarakat tempatan.” – Roketkini.com

Tiada ulasan:
Catat Ulasan