Cari Blog Ini
Khamis, 13 Disember 2012
KANTOI! Bukti MIC Sememangnya HAMBA ABDI Umno!
Puh, hina sungguh nampaknya ahli MIC atau nama penuhnya Malaysia Indian Congress di mata ahli rejim Zionis Umno yang rata-ratanya memberi penarafan rakyat kelas tiga terhadap mereka.
Buktinya, sekeping gambar yang dihantar menerusi Twitter milik Naib Presiden KEADILAN yang juga bekas menteri kesihatan, Chua Jui Meng sebentar tadi.
Kelihatan jelas perwakilan MIC yang mengangkat sepanduk kertas bertulisan "I Love PM" khas buat perdana menteri rejim Zionis Umno, Najib Altantuya semasa berakhir ucapan perasmian mesyuarat agung tahunan parti reput itu kali ke-66 yang berakhir semalam.
Jui Meng menghantar foto tersebut sambil menempelak ahli MIC di Twitternya dengan mengatakan:
@chuajuimeng 'Saya cinta PM' demo di Himpunan MIC semlm cerminkn minda hamba MIC terhadap UmnoFiraun http://yfrog.com/h7djndlyj
Ada sesiapa ahil MIC yang terasa dengan kenyataan Jui Meng tersebut?
Bagus, kerana sememangnya apa yang diperkatakan oleh bekas ahli parlimen Bakri semasa dalam Barisan Nasional (BN) 100 peratus benar belaka.
Ternyata isu-isu yang membelit masyarakat India di negara ini seperti ketiadaan kad pengenalan atau warganegara tetapi berstatus kad pengenalan merah yang sudah dihapuskan sejak 1995 masih lagi tidak mapu diselesaikan walaupn sudah lebih 55 tahun bersekongkol dengan Umno dan MCA dalam Parti Perikatan sebelum menukar pendaftaran kepada BN pada 1974.
Persetankan apa saja perjuangan yang mahu dilakukan MIC dari zaman VT Sambanthan hinggalah presiden kini, G Palanivel yang mabuk kuasa dan tamak mahukan lebih daripada pengundi di Cameron Highlands walaupun menyedari kepimpinannya dianggap paling lemah sejak perletakan jawatan bekas presiden paling berkuasa dalam sejarah parti itu, Samy Vellu atau lebih dikenali Samy Tol.
Jadi ayuh masyarakat India yang sekali lagi dihina Najib Altantuya semalam yang mengatakan kaum India merupakan 'simpanan tetap BN' selama ini dalam ucapannya semalam, supaya turun beramai-ramai Rabu ini bagi menunjukkan sokongan kepada lebih 300,000 kaum mereka yang masih tiada kad pengenalan brhimpun di Putrajaya tanda solidariti sesama rakyat Malaysia.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan