Cari Blog Ini

Selasa, 18 Disember 2012

TERKINI! Malaysia Juara Dunia Dalam Amalan Rasuah, Kini No.2 Di Dunia Pengaliran Wang Haram Pula..



Hampir RM200 bilion wang kotor mengalir keluar dari Malaysia pada tahun 2010 - meletakkan negara ini di tempat kedua di belakang kuasa ekonomi Asia, China, dalam pengaliran modal global.azlanBadan pemantau - Global Finandial Integrity (GFI) yang berpangkalan di Washington - dalam laporan terbarunya yang  
menjejaki pengaliran modal, berkata tahap pengaliran wang haram dari Malaysia itu pada tahun 2010 adalah yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun.

GFI telah memperkenalkan kaedah baru dan lebih konservatif dalam membuat anggaran aliran keluar wang haram, yang membantu untuk memberi tumpuan ekslusif terhadap wang kotor. Oleh itu, anggaran dari laporan terdahulu telah disemak semula.

Tahun lepas, GFI telah meletakkan angka aliran keluar wang haram bagi Malaysia pada tahun 2009 ialah AS$46.86 bilion (RM143.3 bilion). Ini telah diubah kepada AS$30.41 bilion (RM93 bilion).

Laporan terbaru mendapati lonjakan dramatik pengaliran modal di Malaysia - dari AS$30.41 bilion (RM93 bilion) pada tahun 2009 kepada AS$64.38  bilion (RM196.8 bilion) pada tahun 2010.

GFI belum memperolehi data untuk 2011 dan 2012, tetapi ini akan dimasukkan ke dalam laporan yang akan datang.

Pemantau kewangan global itu telah memberi amaran bahawa pengaliran modal di Malaysia adalah "pada skala yang dilihat di beberapa negara Asia".

Laporan GFI - 'Aliran Kewangan Haram Dari Negara Membangun: 2001-2010' -  dihasilkan bersama oleh ahli ekonomi GFI, Sarah Freitas dan Dev Kar, yang merupakan bekas ahli ekonomi kanan di Tabung Kewangan Antarabangsa  (IMF).
azlanMenurut GFI, bagi aliran keluar wang haram terkumpul 
sepanjang lebih 10 tahun - dari 2001-2010 - Malaysia berada di kedudukan ke-3 di dunia, selepas China dan Mexico.

Jumlah anggaran untuk tempoh 10 tahun bagi Malaysia ialah AS$285 bilion (RM871.4 bilion), manakala bagi China ialah AS$2,740 bilion, dan Mexico, AS$476 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mempertikaikan angka GFI dan memaklumkan kepada Parlimen tahun lepas angka yang lebih rendah sebanyak RM135.3 bilion bagi aliran keluar modal haram 2000-2009.

Bagaimanapun, data GFI disokong oleh penyelidikan yang berbeza awal tahun ini oleh organisasi lain - Tax  Justice Network yang berpangkalan  di London - yang mendapati Malaysia adalah antara negara teratas di dunia dalam aliran modal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan