Cari Blog Ini

Sabtu, 15 Disember 2012

Ibrahim Ali beri anugerah tertinggi Perkasa kepada Mufti Perak


Muda Mohd. Noor
KUALA LUMPUR: Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria diberi anugerah tertinggi Perkasa dalam satu majlis di ibu negara.
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menyampaikan anugerah tersebut yang dinamakan bintang pribumi Perkasa negara sempena persidangan agung tahunan Perkasa di Tasik Titiwangsa hari ini.

Harussani merupakan penerima anugerah keempat selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Rahim Nor (bekas ketua polis negara) dan tokoh pendidikan Tan Sri Arshad Ayub.

Hadir sama di majlis tersebut ialah presiden Jalur Tiga Datuk Hasan Ali, Rahim, presiden MUIP Datuk S Nallakarupan serta 32 NGO Melayu.

Perkasa turut mengisytiharkan 10 resolusi membabitkan mengenai perpaduan bangsa: kebebasan beragama; pluralime; LGBT, pelan tindakan pendidikan negara; ekonomi; isu Gaza dan jenayah perang; campur tangan kuasa asing; perkara 153 dan 87 perlembagaan negara serta kestabilan politik, keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

Sementara itu Harussani dalam ucapan perasmian persidangan itu mempertahankan jumlah orang lslam yang murtad memeluk Kristian pada tahun 2008 ialah seramai 230, 000 orang.

Bagaimanapun, menurut mufti Perak itu kerajaan tidak percaya dengan angka yang diberikan itu.

“Kerajaan mengingatkan saya supaya jangan bercakap tanpa bukti. Mereka kata ada lima orang sahaja.

“Saya bawa bukti yang diberikan oleh persatuan peguam Islam iaitu seramai 231, 636 yang berjaya dikristiankan.

“Angka ini disahkan oleh pemimpin Kristian yang bangga kerana berjaya mengkristiankan orang Islam,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan