Cari Blog Ini

Sabtu, 1 Disember 2012

Kesaksamaan jantina hasil usaha Umno-BN, kata Shahrizat


KUALA LUMPUR, 1 Dis — Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyampaikan penghargaan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana menaikkan status wanita di Malaysia dan berterima kasih di atas usaha mereka wanita hari ini tidak perlu "membakar bra" atau menjadi aktivis bagi mencapai kesaksamaan jantina.
"Terima kasih kepada lelaki di Malaysia, terutamanya lelaki Umno kerana selalu menyokong wanita," kata Ketua Wanita Umno tersebut semasa ucapan penggulunggan di Perhimpunan Agung Umno ke-66 hari ini.
"Ia adalah kerana pencapaian kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) kita... maafkan kata saya... kami tidak perlu menjadi aktivis, kami tidak perlu bakar 'bra' kami untuk capai kesaksamaan jantina," katanya dihadapan lebih 2,000 delegasi yang berkumpul di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Bekas menteri hal ehwal wanita tersebut juga memuji pemimpin Malaysia terdahulu dan perdana menteri kerana mengiktiraf peranan wanita dalam pentadbirannya terutamanya Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan juga Datuk Seri Mohd Najib Razak kerana polisi yang mementingkan wanita.
Beliau (gambar) turut menegaskan atas usaha mereka, seramai 31.7 wanita hari ini terlibat dalam "membuat keputusan" di perkhidmatan awam.
"Hari ini, sejak Najib menjadi PM, enam wanita pelbagai agama telah memegang jawatan ketua setiausaha kementerian
"Dibawah Najib, berlaku banyak transformasi kepada wanita luar bandar.... Sekarang, lebih 30 peratus jawatan pembuat keputusan dalam syarikat berkaitan kerajaan mestilah wanita," tegas Shahrizat lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan