Cari Blog Ini

Sabtu, 15 Disember 2012

Jingga 13 desak Najib, Rosmah Mansor serta Mohammad Nazim disiasat



KUALA LUMPUR : NGO Jingga 13 mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor serta adiknya Datuk Mohammad Nazim Razak disiasat mengenai pendedahan terbaru yang dibuat ahli perniagaan Deepak Jaikishan.
Ini kerana Deepak dilaporkan mendakwa ketiga-tiga individu tersebut terlibat dalam usaha merangka Akuan Bersumpah Kedua (SD2) yang dilakukan penyiasat persendirian P Balasubramaniam.
SD2 merupakan satu dokumen yang berkait rapat dengan kes pembunahan wanita Mongolia Altantuya Sharibuu pada Oktober 2006.
Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata, satu siasatan wajar dilakukan berkaitan pendedahan Deepak mengenai penglibatannya untuk membuat SD2 yang bertujuan untuk menyekat pendedahan yang lebih besar.
Oleh itu Fariz berkata Polis dan Peguam Negara didesak supaya membuka balik kes pembunuhan yang ternyata wujud saksi baru di dalam kes itu.
“Penglibatan Najib dan Rosmah dalam kes tersebut perlu diambil tindakan dengan serius oleh pihak polis.
“Satu tindakan salah guna kuasa dan rasuah bagi tujuan perbuatan menutup jenayah yang dilakukan oleh mereka,” katanya ketika ditemui di luar Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini.
Beberapa portal berita telah menyiarkan pendedahan terperinci Deepak yang mengatakan beliau mengaku bercakap dan bertemu Najib dan Rosmah di kediamannya bagi mencari jalan untuk berjumpa Balasubramaniam.
Perjumpaan tersebut bertujuan membatalkan pengakuan bersumpahnya yang pertama (SD1).
Deepak mendakwa Nazim dihantar bagi mewakili Najib dan perbincangan dilakukan termasuk merasuah Balasubramaniam bagi membatalkan SD1 dan membuat SD2 di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Selain itu, Deepak turut memaklumkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil beliau untuk disiasat namun beliau menyatakan SPRM lebih berminat untuk menutup kes tersebut dan tiada tindakan diambil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan