Cari Blog Ini

Selasa, 11 Disember 2012

The Star sengaja nak malukan Ameno ngan gambar neh



KANTOI LAGI! Gambar Janji Ditepati 'DIUBAHSUAI'?

Seakan tidak serik dengan pembohongan demi pembohongan yang dilakukan kununnya sambutan rakyat terhadap program bersama perdana menteri tidak surut sambutannya, kali ini The Star pula menyiarkan sekeping gambar yang sudah 'diubah suai' terutama di bahagian belakang imej yang dipaparkan.

Sekiranya sebelum ini, agensi berita nasional Bernama dan Utusan Malaysia saling berlumba-lumba membodek Najib Altantuya hingga penipuan mereka menerusi gambar yang dimuatkan di laman web mereka cukup mudah terbongkar, kali ini akhbar yang dikuasai rejim MCA pula mengambil giliran dilondehkan tembelang mereka.

Peliknya, kedua-dua media rejim Zionis Umno ini tidak mahu mengaku gambar yang disiarkan sudah diedit hingga pembaca terpaksa meneliti sendiri gambar yang ditunjukkan bagi membuktikan penipuan tersebut sememangnya berlaku.

Gambar yang dirakamkan oleh seorang jurugambar, dipercayai akhbar berbahasa Inggeris yang bakal menghadapi tindakan saman oleh PAS itu diambil semasa karnival jelajah Janji Ditepati (baca: Janji Dicapati) yang diadakan di padang kawad, Universiti Sains Malaysia (USM), Minden, oleh perdana menteri, Najib Altantuya di Pulau Pinang, semalam.

Jika diperhatikan dengan lebih jelas sekiranya anda perhatikan bulatan yang dilakar di atas gambar tersebut, jelas kelihatan gambar tersebut telah diubah suai di bahagian belakang bagi menunjukkan betapa ramainya rakyat yang turun semasa pemimpin rejim Zionis Umno itu melaungkan slogan 'Janji Dicapatinya' yang menjadi bahan ketawa rakyat Malaysia sejak diperkenalkan lebih lima bulan lalu.

Jelas kelihatan apabila diteliti, pada gambar yang dibulatkan di sebelah belakang sekali bahagian kiri dan kanan menunjukkan imej lelaki seakan dipinda dan kelihatan lebih besar daripada manusia yang berada di sekelilingnya.

Selain itu, bayang kelam di hampir satu pertiga bahagian gambar ini terutamanya di bahagian tengah menunjukkan tindakan 'tidak cermat' tukang edit gambar ini yang terpapar jelas di muka hadapan akhbar yang kini sudah mula ditolak oleh kaum Cina, India dan komuniti perniagaan warganegara asing yang kebiasaannya mendapatkan akhbar berkenaan terutamanya pada hujung minggu.

Kini ia tinggal sebagai satu persoalan tetapi yang paling utama ialah adakah akhbar rejim sudah berani mensabotaj setiap program yang dihadiri Najib Altantuya bagi menunjukkan Barisan Nasional (BN) kini berada dalam keadaan terdesak memperolehi sokongan rakyat akibat tindakan zalim mereka sendiri?

Siapakah yang berani mengarahkan gambar tersebut dipinda bagi memalukan Najib Altantuya sekaligus ia satu petanda bahawa kepimpinannya sudah tidak boleh diterima BN yang mana Muhyiddin Yassin tidak sabar-sabar menggantikannya?

Saya serahkan penilaian kepada anda dan jangan lupa, sekiranya Najib Altantuya berani mengatakan kununnya satu undi untuk Pakatan Rakyat bermakna huru-hara, maka satu undi untuk BN pula bermaksud membawa Malaysia menuju malapetaka yang khusus dicipta untuk kita semua! ~ RM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan