Cari Blog Ini
Khamis, 13 Disember 2012
PANAS! Deepak Jaikishan Lepaskan 'BOM KEDUA'!
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan menamakan seorang adik perdana menteri, Nazim Razak (gambar, tengah) sebagai individu yang didakwanya bertanggungjawab membayar penyiasat persendirian, P Balasubramaniam untuk menandatangani akuan berkanun (SD) kedua.
Dakwanya lagi, beliau turut bertanggungjawab mempertemukan Nazim Razak dan Balasubramaniam, tetapi urusan pembayaran wang kepada Bala itu, dakwanya, dilakukan Nazim.
Penglibatan saya hanya untuk mempertemukan semua orang," dakwanya dalam wawancara terbaru.
"Saya mengesahkan kenyataan saya sebelum ini bahawa Nazim menyertai pertemuan untuk memudahcara apa-apa yang perlu dilakukan.
Bala pada awalnya menandatangani satu akuan berkanun mengaitkan Najib Altantuya dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Beliau kemudiannya menandatangani akuan berkanun kedua bagi menafikan akuan pertama yang dakwanya ditandatangani ketika keselamatan keluarganya menjadi taruhan.
Bala kemudian mendakwa dibayar tunai dan dijanjikan lebih banyak wang selepas bersetuju menandatangani akuan bersumpah kedua dan berpindah ke luar negara bersama keluarganya.
Deepak dalam wawancara semalam mendakwa wang yang diterima Bala datang daripada "Nazim dan sumber-sumbernya".
Pada tahun 2009, wartawan Malaysiakini cuba menghubungi Nazim berulang-ulang kali untuk mendapatkan penjelasannya tentang dakwaan tersebut.
Malaysiakini berkunjung ke pejabatnya dan menyerahkan senarai soalan untuk dijawab Nazim.
Malangnya, usaha tersebut tidak berhasil sehinggalah wartawan Malaysiakini bertembung dengan Nazim di Masjid Negara selepas solat Jumaat pada Disember 2009.
Beliau pada ketika itu baru selesai menziarahi pusara ayahnya, perdana menteri kedua, Abdul Razak Hussein.
Sewaktu ditanya tentang dakwaan Bala pada ketika itu, beliau hanya menjawab "tiada apa-apa yang perlu diperkatakan".
Dalam wawancara semalam, Deepak berkata beliau tampil mendedahkan perkara di sebalik kontroversi pembunuhan itu kerana risau "roh Altantuya tidak bersemadi dengan tenang" sehingga beliau dihantui "sumpahan Altantuya".
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan