laniismaa
Datin Seri Rosmah Mansor akan menjawab fitnah dan tohmahan dilemparkan kepadanya melalui satu biografi bakal diterbitkan pada pertengahan Januari depan dan dijangkakan menjawab secara telus setiap dakwaan fitnah yang dikaitkan dengan diri isteri Perdana Menteri itu.
Penasihat penerbitan Biografi berjudul “Rosmah Mansor” itu, Datuk Ahmad Maslan berkata perkara itu diperuntukkan khas dalam satu bab untuk buku setebal 164 halaman yang dikarang bersama oleh Siti Rohayah Attan dan Noraini Abdul Razak.
"Bab menarik dalam buku ini ialah bab soal jawab secara terus terang dan beliau akan menjawab secara terus terang tentang pelbagai isu dan fitnah,” kata timbalan menteri di jabatan perdana menteri itu.
“Kalau ada 10 objektif, salah satu objektifnya ialah nak jawab tohmahan dan ceritakan siapa sebenarnya beliau yang kadang-kadang disalah anggap dan pelbagai tuduhan telah dibuat,” kata ahli Parlimen Pontian itu lagi ketika sidang media selepas pelancaran biografi tersebut di sini.
Ditanya pemberita apakah bentuk tohmahan dan fitnah yang dilemparkan kepada wanita pertama negara itu, beliau bagaimanapun enggan menyatakannya.
“Kita tunggulah kemudian,” katanya.
Pelancaran biografi yang diterbitkan Yayasan Amanah Perdana Malaysia (YAPM) disempurnakan oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.
Turut hadir dalam majlis pelancaran hari ini adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sebuah lagu khas bertajuk “Wanita Perdana” turut dicipta dan diperdengarkan kepada tetamu ketika majlis tersebut yang turut meraikan majlis ulangtahun kelahiran Rosmah yang dicipta khas oleh komposer terkenal tanah air Datuk Suhaimi Mohd Zain, atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah.
Lagu tersebut dinyanyikan oleh Misha Omar, dimana liriknya dihasilkan oleh penggiat teater serta pengarah filem dan drama, Rosminah Tahir. - TMI
Nampaknya auta Kak Mah menjadi, beriya-riya Sultan Pahang melancarkan apa yang belum siap!!! Berbelit begitulah apa yang ada dalam buku tersebut nanti!!
Patutlah Sultan Pahang mencuka, lihat GAMBAR!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan